Seorang pemimpin yang handal haruslah mempunyai sifat ketaatan, ketakwaan, kesopanan serta kejujuran dalam diri mereka. Namun, ketua pada masa kini amatlah berbeza jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu. Hal ini demikian kerana lahirnya pemimpin-pemimpin yang berwibawa pada zaman berkembangnya agama Islam di merata dunia. Salah satunya ialah sahabat yang sentiasa berada di sisi Rasulullah s.a.w. Di samping itu, beliau juga dilantik sebagai khalifah yang pertama untuk memimpin umat Islam setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Pengorbanan beliau terhadap Rasulullah s.a.w dan agama Islam amatlah besar jika hendak dibandingkan dengan segunung emas Uhud. Dengan itu, Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang khalifah yang mempunyai ciri-ciri tersebut.
‘Abdullah bin Utsman bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay al-Quraisy at-Taimi, atau lebih dikenali sebagai Abū Bakr As-Shiddiq bin Abū Quhafah. Beliau diberikan gelaran ash-Shiddiq kerana sikapnya yang langsung percaya kepada Rasulullah SAW tentang apa yang beliau kabarkan.

Selain itu, beliau seorang yang berani bertarung di medan perang sehingga sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan agama Islam. Kesetiaan beliau terhadap Baginda SAW tidak dapat ditandingi dengan sahabat yang lain. Tambahan lagi, beliau seorang yang lembut dan peramah diantara para sahabat yang lain termasuklah Uthman bin Affan, Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqash, dan Abu Ubaidah bin Jarrah.
Berikut merupakan keutamaan-keutamaan Abu Bakar As-Siddiq:
Abu Bakr ash-Shiddiq merupakan seorang yang menanggung derita dan cobaan di jalan Allāh demi membela Rasulullah SAW.
Beliau juga merupakan seorang yang menyumbangkan hartanya di jalan Allāh. Diriwayatkan dari ‘Umar bin al-Khattab RA, ia berkata, “Rasulullah SAW menyuruh kami bersedekah. Kebetulan saat itu aku mempunyai harta. Aku berkata, “Hari ini aku yakin akan boleh mendahului Abu Bakar jika pada suatu hari aku harus mendahuluinya.” Aku datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa sebagian hartaku. Beliau bertanya kepadaku, “Apa yang kamu sisakan untuk keluargamu?”. Aku pun menjawab “Separuh boleh diganti setengah.” Lalu Abu Bakr RA datang dengan membawa seluruh harta yang dimilikinya. Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “Apa yang kamu sisakan untuk keluargamu?” Abu Bakr pun menjawab “Aku sisakan bagi mereka Allāh dan Rasul-Nya.” ‘Umar RA pun berkata, “Aku tidak akan boleh mendahuluinya untuk selamanya.”
Kesetiaan beliau terhadap baginda SAW tidak dapat ditandingi dengan sahabat yang lain.
Berdasarkan keutamaan-keutamaan ini, jelas menunjukkan bahawa kedudukan Abu Bakar As-Siddiq di sisi Nabi Muhammad s.a.w amatlah tinggi sekali. Beliau merupakan lelaki pertama yang memasuki Islam tanpa mempunyai sebarang keraguan terhadap Rasulullah s.a.w. Maka tidak mustahil bahawa Nabi SAW mencintai Abu Bakar daripada kaum lelaki. Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Amr bin al-‘Ash, dia pernah bertanya kepada Nabi ﷺ “Siapakah orang yang paling engkau cintai?” Beliau (ﷺ) menjawab, “Aisyah.” Dia bertanya, “Kalau dari kaum laki-laki?” Baginda lalu menjawab, “Ayahnya (yakni, Abu Bakr).”
Selain dari itu, Rasulullah (ﷺ) juga pernah mengakui bahawa jika dia boleh mengambil seorang kekasih maka dia akan memilih Abu Bakr RA sebagai kekasihnya.

Kesimpulannya, Abu Bakar As-Siddiq merupakan pemimpin yang banyak berkorban demi memperjuangkan agama Islam. Dengan itu, Rasulullah (ﷺ) mengakui bahawa jika dia boleh mengambil seorang kekasih maka dia akan memilih Abu Bakr RA sebagai kekasihnya.
Sekadar ini sahaja yang mampu untuk saya kongsikan berkenaan beliau dan saya meminta Allah untuk sentiasa membuat kami hamba yang mengerjakan yang terbaik dan tetapkanlah hijrah kami sebagaimana hijrah para sahabat Rasulullah (ﷺ).
Wallahu A’lam
Resource: al-‘Asyrah al-Mubasysyarun bi al-Jannah man busysyira bi al-Jannah min ghair al-Asyrah

